Solskjaer: Kami fokus kepada permainan sendiri

Oleh Ammar Hakim 22 Februari 2021 1530
Solskjaer: Kami fokus kepada permainan sendiri
Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United akan memberikan tumpuan kepada prestasi sendiri bagi apa-apa kejutan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

United mengatasi Newcastle United 3-1 awal pagi tadi untuk kekal di tangga kedua, di hadapan Leicester City dengan perbezaan jaringan tetapi ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Skuad City kendalian Pep Guardiola dilihat sebagai pilihan bergelar juara atas beberapa keputusan yang mengecewakan diperoleh United sebelum ini.

Mengatasi Newcastle menerusi jaringan daripada Marcus Rashford, Daniel James dan Bruno Fernandes, skuad kendalian Solskjaer' itu sekadar meraih satu kemenangan daripada lima perlawanan liga.

Tetapi kemenangan di Old Trafford, di mana United tewas kepada Newcastle sekali dalam era EPL, mengembalikan Red Devils ke landasan untuk mengejar kejuaraan.

"Kami tidak boleh mengawal pasukan lain; kami hanya mengawal diri kami dan menjadi Man United yang terbaik dalam setiap perlawanan," kata Solskjaer kepada BT Sport.

"Itulah tuntutannya, musim ini akan menuntut banyak kemampuan pasukan. Anda tidak akan dapat ketahui -- perkara boleh sahaja berlaku. Terdapat banyak kejutan dalam bola sepak."

Allan Saint-Maximin menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan Rashford dan Newcastle menamatkan separuh masa pertama memiliki lebih percubaan berbanding (enam) United (lima).

Namun, David de Gea menamatkan perlawaanan dengan lebih menafikan percubaan (lima) berbanding Karl Darlow (empat), tetapi Solskjaer gembira dengan persembahan dalam separuh masa kedua.

"Kami meningkatkan tempo permainan sedikit dan saya berasakan kami mampu melakukan dengan lebih baik lagi," kata pengurus itu.
 

"Ia sentiasa sukar selepas tamat perlawanan di tempat lawan saingan Eropah. Kami memiliki perlawanan yang mencukupi musim ini.

"Walaupun kami mendominasi perlawanan, kami masih lagi gagal menghasilkan banyak peluang.

"United perlu menggerakan bola dengan lebih cepat, bijak mencari ruang dan saya berasakan kami melakukannya dalam separuh masa kedua."

Jaringan penting terhasil menerusi James, yang memperbaiki rekod lima jaringan dalam semua pertandingan.

Jaringan tersebut hadir daripada 13 penapilan, manakala pemain sayap Wales itu meledak empat kali dalam 46 perlawanan musim 2019-20.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen