David Moyes berasakan pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, diberikan masa yang lebih berbanding dirinya di Old Trafford.

Moyes kembali berdepan bekas kelab kendaliannya awal pagi esok apabila West Ham berdepan skuad bimbingan Solskjaer yang mengejar slot ke Liga Juara-Juara (UCL).

Tujuh tahun lalu, Moyes dilabel sebagai 'the chosen one', pengurus yang dilantik sebagai pengganti Alex Ferguson dengan kontrak selama enam tahun, namun dia hanya bertahan hanya 10 bulan sehingga United terlepas kelayakan ke UCL buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Selepas United dibimbing Louis van Gaal dan Jose Mourinho, bekas penyerang United, Solskjaer kembali sebagai pengurus sementara sebelum dilantik secara tetap Mac 2019.

United hanya menamatkan saingan di tempat keenam -- dan kekal berada di luar kelompok empat terbaik sepanjang musim ini -- tetapi Moyes percaya Solskjaer kini diberikan pendekatan yang lebih baik buat dirinya menghasilkan keputusan.

"Ia merupakan kelab yang sangat bagus, antara yang terbaik dunia, bagi saya," kata Moyes.

"Solskjaer merupakan permulaan yang sukuar, tetapi apa yang membeza saya dengan dia adalah masa yang telah diberikan untuk menghasilkan keputusan positif.
"Dia membawa masuk pemain-pemain daripada akademi, sesuatu yang kerap dilakukan di Manchester United. Mereka memiliki barisan pemain muda yang berpotensi."

Sejak dipecat United, Moyes telah mengendalikan Real Sociedad, Sunderland dan West Ham, dan kembali mengambil alih The Hammers sekali lagi sejak Disember lalu.

West Ham hanya satu mata di atas zon penyingkiran ketika Moyes kembali bersama pasukan tetapi tiga kemenangan dalam liga perlawanan sebelum mengesahkan mereka terselamat.

"Saya tidak membaca apa yang ditulis mengenai Moyes, tetapi tetapi dia telah melakukan tugas yang cemerlang bersama West Ham," jelas Solskjaer.

"Kami menyedari berdepan perlawanan yang sukar, mereka telah berjaya menampilkan corak permainan yang menarik ketika mengatasi Norwich, Watford, dan Chelsea. Kami aka cuba untuk menang dalam perlawanan ini."