Shakespeare berminat bawa Sagna

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2017 889
Shakespeare berminat bawa Sagna
Pengurus Leicester City, Craig Shakespeare, tidak menafikan kemungkinan akan membawa masuk pemain ejen bebas, Bacary Sagna.

Pertahanan berusia 34 tahun itu masih belum memiliki sebarang pasukan sejak dilepaskan oleh Manchester City pada Jun lalu.

Shakespeare mendedahkan bahawa The Foxes telah memerhatikan Sagna sejak dulu dan mungkin akan mengkaji semula minat terhadap pemain yang telah beraksi 65 kali buat skuad kebangsaan Perancis itu.

"Kami telah memerhatikannya tetapi masih belum bercakap apa-apa kepadanya," kata Shakespeare.

"Kami menyedari situasi itu dan akan melihatnya semula. Kini, kami tidak berada di dalam situasi yang dialami oleh Sagna, jadi kami harus menyelidikinya terlebih dahulu.

"Leicester mempunyai barisan pertahanan yang agak baik buat masa ini tetapi anda perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti kecederaan pemain," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen