Sergio Aguero kembali positif COVID-19

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Januari 2021 723
Sergio Aguero kembali positif COVID-19
Sergio Aguero perlu menjalani kuarantin selepas kembali positif COVID-19.

Penyerang Manchester City itu terlepas empat rentetan perlawanan selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti.

Aguero mengumumkan perkembangan itu di Twitter miliknya dan tidak pasti bilakah dia akan dibenarkan kembali menjalani latihan. 

"Selepas mempunyai kontak rapat, saya segera mengasingkan diri dan ujian terbaru mendapati saya positif COVID 19," tulisnya.

"Saya mengalami beberapa gejala dan saya akan mematuhi saranan doktor untuk sembuh. Jaga diri semua."

 

Aguero hanya terbabit lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk sembilan perlawanan keseluruhan musim ini. 

Situasi itu menyaksikan Gabriel Jesus, Kevin De Bruyne dan Ferran Torres telah diketengahkan sebagai penyerang pusat sepanjang musim ini.

The Citizens belum tewas dalam 16 perlawanan terakhir dan dua mata mengekori pendahulu, Manchester United, dengan satu perlawanan di dalam tangan.

Anak buah Pep Guardiola itu akan menghadapi Cheltenham Town dalam Piala FA, hujung minggu ini, selain bertemu West Brom dan Sheffield United untuk pertemuan EPL dalam tempoh 10 hari akan datang.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen