Satu mata yang buruk -- Mourinho kecewa ketumpulan United

Oleh Penulis Jemputan 25 November 2018 1182
Satu mata yang buruk -- Mourinho kecewa ketumpulan United
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, mengkritik pemainnya yang ketandusan keinginan dan tahap agresif setelah terikat 0-0 dengan Crystal Palace di Old Trafford, semalam.

Keputusan seri itu menyebabkan United kini dibezakan 14 mata dengan pendahulu liga, Manchester City, dan segalanya tampak menjadi lebih teruk selepas kembali daripada aksi antarabangsa.

Patrick Van Aanholt dan Andros Townsend melepaskan peluang keemasan untuk membolehkan pelawat pulang dengan kemenangan.

Peluang tampak gagal dicipta oleh Anthony Martial dan penyerang yang kembali berada dalam kesebelasan utama, Romelu Lukaku, yang bergelut untuk mencipta impak di atas padang.

"Ia mata buruk," kata Mourinho. "Apabila objektif adalah untuk berada dalam kelompok terbaik dan mendekatkan diri sedikit demi sedikit menerusi lapan aksi liga sehingga penghujung Disember, ia satu permulaan teruk.

"Saya memuji Palace tetapi saya tidak mahu keputusan seri ini diraih disebabkan mereka terlalu baik.

"Saya memuji mereka kerana bertahan dengan baik dan penjaga gol melakukan beberapa aksi hebat. Saya rasa mereka bermain dengn bagus.

"Dalam babak pertama, saya memberitahu pemain bahawa saya perlukan mereka lebih agresif kerana kami menemui ruang. Kami tahu ruang yang tidak mereka berikan tetapi United kurang keinginan untuk melakukannya.

"Separuh masa kedua, kami perlu menyumbat gol hasil daripada peluang terbaik yang diraih. Sekurang-kurangnya dalam posisi untuk menjaringkan gol tetapi saya rasa lebih daripada sekali kami mensia-siakannya dengan membiarkan perlawanan berlarutan tanpa penyudah.

"Kami perlu meningkat, itu sudah pasti. Saya kecewa dengan prestasi."

Sementara itu, pengendali Palace, Roy Hodgson, berpuas hati dengan persembahan pasukannya walaupun kini meraih aksi kelapan tanpa kemenangan.

The Eagles menduduki tangga ke-15 dan kini memandang ke depan untuk menghadapi aksi seterusnya dengan penuh keyakinan.

"Pada waktu lain, kami perlu lebih tajam untuk menang," ujar Hodgson.

"Tidak banyak pasukan dalam situasi kami yang hadir ke sini dan menang atau meraih mata seperti apa yang kami lakukan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen