Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, memberi amaran kepada Danny Drinkwater dan Victor Moses bahawa mereka perlu meningkatkan mutu permainan jika mahu mencari jalan menyertai kesebelasan utama pasukan.

Moses telah membantu enam penampilan untuk The Blues dalam semua kejohanan musim ini manakala penampilan Drinkwater hadir menerusi kekalahan kepada Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti, Ogos lalu.

Terdapat laporan yang mencadangkan gandingan itu bakal meninggalkan Stamford Bridge pada Januari depan selepas mendedahkan mereka tidak sesuai beraksi dalam sistem yang diketengahkan pengurus berkenaan.

"Saya berasakan Drinkwater tidak sesuai beraksi sebagai pemain tengah Chelsea," katanya.

"Saya telah memberitahunya dua bulan lalu dan itu apa yang saya rasakan. Moses pula sesuai bertindak sebagai bek sayap berbanding pertahanan kanan.

"Mereka perlu meningkatkan mutu permainan keranan perwatakan mereka sedikit berbeza berbanding pemain-pemain Chelsea yang lain.

Pengendali kelahiran Itali itu menikmati permulaan cemerlang bersama Chelsea sejak dilantik pada Julai lalu apabila membantu The Blues meraih tujuh kemenangan dan seri tiga kali dalam 10 aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau juga memastikan permulaan tanpa kalah dalam saingan Liga Europa (UEL) dan Piala EFL, dengan menggunakan 26 pemain secara keseluruhan.

"Kami menggunakan 26 pemain dalam perlawanan rasmi musim ini dan pertukaran pemain amat penting.

"Kami perlu menilai setiap kejohanan. Pemain-pemain beraksi dalam Piala EFL, UEL dan perlawanan antarabangsa.

"Melihat kepada jadual pada bulan Disember dan Januari, anda perlu melakukan pertukaran saingan EPL berlangsung dalam tempoh tiga hari."

Sarri bakal memastikan rekod tanpa kalah berterusan apabila menerima kunjungan Crystal Palace di Stamford Bridge, malam ini.