Salah mampu bermain untuk Real Madrid -- Cuper

Oleh Penulis Jemputan 28 Disember 2017 2421
Salah mampu bermain untuk Real Madrid -- Cuper
Bintang Liverpool, Mohamed Salah, cukup bagus untuk bermain bersama Real Madrid, demikian kata jurulatih Mesir, Hector Cuper.

Salah, 25 tahun, yang menikmati kempen cemerlang sejak tiba di Anfield pada pra-musim, menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan.

Penyerang bintang itu sudah dikaitkan dengan perpindahan keluar dan jurulatih pasukan antarabangsanya, Cuper, berkata Salah boleh membintangi skuad di Santiago Bernabeu.

"Tidak syak lagi dia adalah bintang pasukan, membantu kami melayakkan diri (ke Piala Dunia 2018) dan menunjukkan keserasian bersama skuad," kata Cuper kepada Marca.

"Salah adalah pemain sangat baik yang mempunyai keupayaan untuk bermain bersama Real Madrid," ujarnya.

Selain melakukan 21 jaringan, Salah juga membuat enam bantuan gol dalam 27 perlawanan dalam semua pertandingan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen