Salah berada pada tahap terbaik -- Klopp

Oleh Penulis Jemputan 29 November 2017 802
Salah berada pada tahap terbaik -- Klopp
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan Mohamed Salah bukan pemain yang tidak boleh diketepikan tetapi beliau gembira dengan prestasi cemerlang penyerang itu.

Salah, yang berhijrah ke Anfield dari Roma sebelum musim 2017-18 bermula, telah menjaringkan 10 gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam 13 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pemain kebangsaan Mesir itu membuka jaringan ketika bertemu bekas kelabnya, Chelsea, ketika seri 1-1 dan Klopp berpuas hati dengan persembahan pemain berusia 25 tahun itu, namun menafikan Salah adalah pemain yang tidak boleh diketepikan.

"Tiada siapa yang tidak boleh diketepikan tetapi Salah berada dalam prestasi terbaik, terutama sekali dia cemerlang ketika bertemu Chelsea," kata Klopp.

"Sukar untuk mengekang gerakannnya.

"Chelsea mengubah formasi pada babak kedua. Mereka meletakkan Marcos Alonso ke posisi yang lebih tinggi supaya Gary Cahill dapat mengawal dengan lebih baik," tambahnya.

Liverpool yang menghuni tangga keenam akan berkunjung ke Stoke City, awal pagi esok.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen