Danny Rose mahu sekali lagi mendapatkan peluang beraksi di hadapan penonton Tottenham sekali lagi dan mahu terus bersama pasukan itu sehingga kontraknya berakhir.

Pertahanan kiri England, Rose, menikmati separuh kedua musim 2019-20 bersama Newcastle United secara pinjaman selepas diketepikan daripada Jose Mourinho yang mengambil alih tempat Mauricio Pochettino sebagai ketua jurulatih November tahun lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu memberitahu kepada BBC Radio 5 Live bahawa dia berasakan tidak diberikan peluang yang sama seperti pemain lain oleh Mourinho.

Rose memiliki kontrak bersama Spurs sehingga penghujung Jun 2021 dan mejelaskan dirinya belum berputus asa untuk membangkitkan semula kariernya di Stadium Tottenham Hotspur.

"Saya sangat gembira untuk kekal dii Tottenham dan menamatkan kontrak saya bersama pasukan," katanya.

"Tiada apa yang saya impikan selain beraksi di hadapan penyokong Spurs.

"Perlawanan terakhir saya bersama Spurs merupakan kekalahan 1-0 kepada Liverpool dan tidak menyedari tidak akan beraksi bersama pasukan."