Rooney punya sebab lebih kagumi Messi berbanding Ronaldo 

Oleh Shaiful Shamsudin 20 April 2020 761
Rooney punya sebab lebih kagumi Messi berbanding Ronaldo 
Wayne Rooney percaya Lionel Messi lebih bagus daripada Cristiano Ronaldo yang "luar biasa" berikutan melabel bintang Barcelona itu "akan menyeksa kamu sebelum membunuhmu."

Gandingan cemerlang Rooney dan Ronaldo pernah mengucar-ngacirkan pertahanan ketika memperkuatkan Manchester United sebelum penyerang Portugal itu bergabung dengan Real Madrid pada 2009.

Ronaldo dan Messi telah memenangi Ballon d'Or sebanyak 11 kali di antara mereka sementara Luka Modric menjadi pemain tunggal lain yang memenangi anugerah itu sejak 2007.

Bekas kapten England itu menganggap Messi, pemenang enam Ballon d'Or sebagai pemain terbaik di planet ini.

Ketua pasukanDerby County itu di ruangan Sunday Times menulis: "Ronaldo tidak terlalu fokus kepada gol ketika kami mula bermain bersama tetapi anda boleh melihat bahawa segala yang dia mahukan adalah menjadi pemain terbaik di dunia.

"Dia berlatih dan berlatih dan mula menuai hasilnya. Cristiano telah bertukar menjadi penjaring yang luar biasa. Dia dan Messi boleh dianggap sebagai dua pemain terbaik dalam permainan ini.

"Tetapi walaupun saya berkawan dengan Cristiano, saya cenderung untuk memilih Messi. Ia adalah disebabkan saya suka menonton aksi Xavi dan Paul Scholes: ini adalah perkara yang berbeza dalam permainan Messi.

"Saya suka bercakap tentang ketenangannya dan saya tidak ingat bilakah menyaksikan Messi melakukan jaringan dengan membuat rembatan sekuat hati. Dia hanya memasukkannya dan membuatkannya begitu mudah.

"Ronaldo pula garang di dalam kotak penalti, pembunuh. Tetapi Messi akan menyeksa kamu sebelum membunuhmu. Dengan Messi, kamu dapat aksi yang lebih menghiburkan. 

"Kedua-duanya telah mengubah permainan ini sepenuhnya daripada segi jumlah gol dan saya tidak fikir pencapaian mereka akan diulangi."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen