Rojo hampiri skuad utama Red Devils 

Oleh Penulis Jemputan 16 November 2017 2042
 Rojo hampiri skuad utama Red Devils 
Marcos Rojo kembali beraksi untuk skuad simpanan Manchester United semalam selepas hampir tujuh bulan tersisih akibat kecederaan ligamen lutut.

Pemain antarabangsa Argentina itu kali terakhir muncul pada 20 April lalu ketika Red Devils menewaskan Anderlecht 2-1 untuk menempah tempat dalam separuh akhir Liga Europa dan secara kebetulan, kempen itu turut mengakhiri musim Zlatan Ibrahimovic.

Tetapi, selepas dibenarkan untuk mengembalikan kecergasan, Rojo tampil bersama pasukan simpanan kelab itu dalam kemenangan 2-1 ke atas Athletic Bilbao dalam aksi Piala Antarabangsa Liga Perdana.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu bermain selama 45 minit pertama dan tidak mengalami kecederaan.

Rojo dijangka kembali ke pangkuan pasukan utama pada awal bulan depan selepas mendedahkan kepada media Argentina kelmarin bahawa dia menyasarkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) di laman sendiri bertemu CSKA Moscow pada 5 Disember nanti.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen