Chelsea telah memulakan perbincangan untuk menandatangani penjaga gol Rennes, Edouard Mendy, tetapi masih lagi belum bersetuju dengan yuran perpindahan, perkara itu disahkan oleh presiden kelab tersebut.

Pemain bernombor satu yang baru kini dalam agenda buat skuad kendalian Frank Lampard ketika mereka meneruskan usaha untuk mendapatkan pemain dalam jendela perpindahan.

Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Thiago Silva dan Kai Havertz telah tiba di Stamford Bridge menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi Chelsea masih lagi mahu mendapatkan penjaga gol selepas Kepa Arrizabalaga mengharungi musim kedua yang sukar di England bagi musim 2019-20.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah diketepikan untuk pemain veteran, Willy Caballero, dan The Blues telah dikaitkan dengan beberapa calon pengganti.

Mendy adalah yang terbaru, dan Presiden Rennes, Nicolas Holveck, mengakui perbincangan sedang dijalankan tetapi masih lagi berusaha untuk mendapatkan yuran perpindahan pemain tersebut.

"Perbincangan telah dimulakan, buat masa ini tiada lagi persetujuan dapat dicapai," katanya.


"Kami mengetahui nilai Edouard sebagai pemain dan seorang yang berpengaruh dalam bilik persalinan. Pemain yang penting buat pasukan."