Rashford boleh jadi seperti Ronaldo, kata Solskjaer

Oleh Penulis Jemputan 10 Disember 2019 547
Rashford boleh jadi seperti Ronaldo, kata Solskjaer
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, percaya Marcus Rashford boleh mencapai tahap bintang besar bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Penyerang itu meneruskan prestasi cemerlangnya sejak awal musim ini dengan menyumbangkan satu gol lagi ketika United menewaskan Manchester City dalam pertembungan 'derby' Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad hujung minggu lalu.

Bintang United dan England berusia 22 tahun itu telah menjaringkan 13 gol sepanjang musim ini dengan 10 daripadanya dalam Liga Perdana.

Dan Solskjaer yakin Rashford mampu menjadi seperti pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or, Ronaldo, yang pernah menjulang tiga kejuaraan Liga Perdana dan satu dalam Liga Juara-Juara Eropah bersama United sebelum menyertai Real Madrid pada 2009.

"Amat mudah untuk membandingkan mereka.

"Kedua-duanya mempunyai kemahiran, bentuk badan, perwatakan dan sifat-sifat yang diperlukan  -- segala-galanya.

"Budak itu (Rashford) mempunyai setiap peluang untuk menjadi pemain terbaik.

"Ayuh berharap dia akan kekal seperti itu.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai jumlah gol.

"Asalkan dia sentiasa positif, bersikap terbuka dan memikirkan mengenai peluang di depan gol, dia akan menadapat peluang dan dia akan menjaringkan gol," katanya.

United -- yang kini di tangga kelima liga selepas menewaskan City dan Tottenham Hotspur -- akan menantikan kunjungan Everton di Old Trafford hujung minggu ini.

Sebelum itu, mereka akan berdepan AZ dalam perlawanan keenam Kumpulan L, Liga Europa, awal pagi Jumaat ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen