Prestasi Gilmour berhak dipuji Keane -- Lampard

Oleh Ammar Hakim 14 April 2020 100
Prestasi Gilmour berhak dipuji Keane -- Lampard
Frank Lampard bergurau bahawa dirinya terkejut dengan pujian Roy Keane kepada Billy Gilmour dan percaya pemain tengah Chelsea itu memiliki persamaan dengan legenda Manchester United, Paul Scholes.

Pemain muda Scotland itu mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu pasukan mengatasi Liverpool dalam aksi Piala FA bulan lalu dan turut mempamerkan kualitinya ketika mengatasi Everton 4-0.

Penangguhan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran pandemik koronavirus menghalang momentum pemain berusia 18 tahun itu tetapi aksinya ketika berdepan Liverpool kelihatan 'bertaraf dunia' menurut Keane, seorang yang sukar memberikan pujian ketika bergelar sebagai pundit.

Pengendali The Blues, Lampard, terkejut dengan pujian daripada Keane tetapi percaya aksi Gilmour berhak menerimanya.

"Saya terkejut apabila kata-kata yang diungkapkan oleh Keane! 

"Saya hanya bergurau -- Keane seorang pemain tengah yang berkualiti dan beliau memberikan pujian kepada pemain yang berhak menerimanya.

"Saya telah mendengar kata-katanya kepada Gilmour dan dia seharusnya gembira menerima pujian itu."


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/LC-SuuToiO8" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Keane merupakan sebahagian daripada pemain tengah yang bertaraf legenda bersama The Red Devils ketika bergandingan dengan Scholes -- Lampard mengakui Gilmour memiliki persamaan rakan senegaranya itu.

"Paul Scholes terang-terangan salah seorang pemain tengah terbaik pernah saya tandingi dalam EPL. 

"Ia menarik untuk bermain menentang Scholesy; dia merupakan seorang yang mengejar jaringan pada awal kariernya, kerap mencari peluang dan melakukan bantuan jaringan kemudian dia mengubah corak permainannya.

"Dia sentiasa melakukan hantaran yang tepat, bijak membaca ruang.

"Gilmour mula menampilkan kualiti tersebut. Saya enggan membandingkan dia dengan Scholesy tetapi dia akan mengharungi karier yang cemerlang."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen