Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, tidak sabar untuk kembali beraksi sejak diketepikajn sejak Disember ditambah pula dengan penularan koronavirus.

Sukan profesional di Professional England ditangguh ekoran Covid-19.

Ketika Bundesliga dijangka bersambung pertengahan Mei ini, perbincangan mengenai sama ada musim Liga Perdana Inggeris bakal disambung masih lagi diteruskan, dengan Ligue 1 dan Eredivisie sudah ditamatkan.

Pogba baru sahaja kembali cergas ketika saingan ditangguh Mac lalu, sekadar membuat lapan penampilan United musim ini, pemenang Piala Dunia itu sudah tidak sabar kembali ke gelanggang.

"Saya sangat rindukan bola sepak," kata Pogba.

"Saya mengalami kecederaan. Saya telah berlatih bersendirian hampir tujuh bulan dan apabila saya sudah bersedia untuk beraksi, saingan bola sepak ditangguh kerana koronavirus.



"Saya mahu kembali beraksi dan mempamerkan persembahan yang cemerlang. Saya telah terlepas banyak perlawanan. Jadi sejurus saya bersama pasukan, saya mahu memberikan yang terbaik."