Paul Pogba berkata pengalaman belajar daripada Paul Scholes dan Andrea Pirlo membantunya menjadi pemain tengah bertaraf dunia.

Bintang Perancis itu telah membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester United pada 2012 apabila bergandingan bersama Scholes, tahun yang sama dia berhijrah ke Juve secara percuma.

Memenangi tiga gelaran Serie A berturut-turut bersama Pirlo di Turin memberikan pengalaman positif buat Pogba sebelum kembali ke Old Trafford pada 2016.

Pemain berusia 27 tahun itu bermain dan berlatih dengan pemain tengah berpengalaman telah membantunya berkembang.

"Banyak anda pelajari daripada mereka dan melihat kualiti yang dipamerkan," kata Pogba. "Saya benar-benar belajar daripada apa yang dilakukan Scholes dan Pirlo di atas padang. Menyaksikan mereka berlatih turut memberikan semangat kepada saya.

"Saya memulakan karier sebagai penyerang kemudian bertindak sebagai pemain tengah. Syukur kerana saya tidak turun sebagai pemain pertahanan! Ia kerana saya sentiasa mahu mendapatkan bola.

"Seorang penyerang yang kerap turun jadi salah seorang jurulatih memberitahu saya, 'Okay, bermain di posisi nombor 10 dan cuba dengan lebih kerap menyentuh bola.' Sehinggalah saya diturunkan di posisi nombor enam."

Pogba hampir menyertai latihan skuad utama sebelum saingan Liga Inggeris ditangguh ekoran pandemik koronavirus.

Dia hanya membuat lapan penampilan bagi musim 2019-20 bersama United kerana mengalami masalah kaki dan buku lali.