Pochettino harap kecederaan Alli tidak serius

Oleh Penulis Jemputan 24 Disember 2018 149
Pochettino harap kecederaan Alli tidak serius
EVERTON 2 SPURS 6

Mauricio Pochettino berharap Dele Alli tidak mengalami kecederaan serius ketika membantu Tottenham membenam Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.


Spurs bangkit daripada ketinggalan satu jaringan untuk meraih kemenangan 6-2 di Goodison Park, dengan Alli dan Christian Eriksen menjaringkan satu gol sementara Harry Kane dan Son Heung-min masing-masing meledak dua gol.

Keputusan itu telah mengangkat skuad bimbingan Pochettino itu dua mata di belakang Manchester City tetapi kemenangan mereka menjadi suram apabila Alli gagal mengelak daripada terjahan yang dilakukan oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Pochettino berasakan Alli masih lagi kepenatan daripada kemenangan ke atas Arsenal dalam saingan Piala EFL dan berharap pemain kebangsaan England itu tidak mengalami kecederaan serius.

"Dia tidak berasakan mengalami kecederaan yang serius," kata Pochettino. "Mungkin dia agak penat daripada aksi pada Rabu. Saya berharap tiada kecederaan serius yang dialami Alli."

Spurs akan menerima kunjungan Bournemouth, Rabu ini,dan Wolves tiga hari berikutnya, sebelum berkunjung ke Cardiff City pada 1 Januari. Kemudian mereka akan berdepan Tranmere Rovers dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada 4 Januari.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen