Pengurus Chelsea, Antonio Conte, memuji Mauricio Pochettino menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Tottenham dan berasakan pengendali kelahiran Argentina itu merupakan antara pengurus terbaik di dunia.

Conte telah bertemu Pochettino ketika beliau mengendalikan Itali untuk berbincang mengenai falsafah bola sepak dan bertanyakan pengalaman mengendali pasukan dalam EPL.

Bekas jurulatih Juventus itu berkata bahawa beliau mempunyai kenangan manis dapat bertemu pengurus Spurs itu.

"Hubungan saya dan Pochettino sangat baik," kata Conte dalam sidang media.

"Saya melihat Pochettino sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia dan saya sangat beruntung kerana dapat bertemunya.

"Saya bercakap dengan beliau dan stafnya, kami menonton video dan berbincang mengenai bola sepak.

"Saya sangat menghormatinya dan menyifatkan beliau sebagai salah seorang pengurus yang bagus."