Mike Phelan menegaskan bahawa beliau 'yakin dan tidak tertekan' walaupun Hull terpaksa menempuhi kekalahan enam perlawanan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Menjelang perlawanan bertemu Southampton, Hull gagal menghasilkan sebarang kemenangan sejak menewaskan Swansea pada 20 Ogos lalu.

Hull mengharungi saat paling buruk musim ini apabila tewas kepada Arsenal (4-1), Liverpool (5-1) dan Bournemouth (6-1). Phelan menjangkakan satu lagi ujian sukar ketika berdepan skuad kendalian Claude Puel, pada Ahad.

Pengurus Hull itu kekal optimis pasukannya masih mampu menghasilkan keputusan yang positif.

"Ini merupakan satu pengajaran yang berguna untuk pasukan," jelas Phelan kepada sidang media.

"Saya menerimanya dengan tangan terbuka. Saya tidak tertekan, malah ia memberikan keyakinan kepada saya.

"Kami masih memiliki kualiti di dalam pasukan dan saya yakin kami mampu menrencanakan sesuatu yang positif.

"Southampton memiliki pasukan yang boleh dibandingkan dengan mana-mana pasukan utama Liga Perdana Inggeris. Mereka berada di kedudukan yang baik dan kami harus memberikan yang terbaik untuk bersaing merebut tiga mata penuh.

Penyerang Hull, Will Keane, berharap untuk menghasilkan keputusan yang baik kerana mengakui pasukannya semakin 'terdesak'.

"Kami masih berada pada awal musim dan kami memiliki pemain yang telah berada di dalam situasi sebegini," kata Keane.

"Jika kami dapat menemui rentak, saya percaya kami mampu mengekalkannya. Kami agak terdesak untuk mencari kemenangan secepat yang mungkin."