Persembahan Lukaku buat Mourinho teruja

Oleh Penulis Jemputan 1 Oktober 2017 3669
Persembahan Lukaku buat Mourinho teruja
Jose Mourinho mengucapkan tahniah kepada Romelu Lukaku kerana menyamai rekod jaringan yang dipegang oleh Andy Cole tetapi pengurus itu menegaskan beliau bukan hanya menilainya berdasarkan jaringan gol.

United meraih kemenangan 4-0 ke atas Crytal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, dengan pemain kebangsaan Belgium itu sekali lagi berjaya mencetak gol.

Selepas gol pembukaan daripada Juan Mata, diikuti dua jaringan daripada Marouane Fellaini, Lukaku melengkapkan kemenangan selepas menampan masuk hantaran silang Anthony Martial ketika perlawanan berbaki empat minit.

Pemain berusia 24 itu telah menjaringkan 11 gol dalam 10 perlawanan dalam semua kejohanan dan menyamai rekod jaringan tujuh gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mourinho memuji Lukaku mencapai tahap itu dalam musim pertamanya bersama United tetapi berasakan penyerang itu telah mempamerkan persembahan yang positif sejak perlawanan bermula.

"Ia merupakan satu perkara yang positif melihat penyerang menjaringkan gol. Ia lebih manis apabila menyamai rekod jaringan yang dicipta oleh legenda kelab seperti Cole," kata Mourinho.

"Tetapi saya gembira dengan prestasinya -- tidak mengira jika dia menjaringkan gol ataupun tidak.

"Saya tidak menilai persembahannya berdasarkan jaringan yang dicipta oleh Lukaku. Dia memiliki banyak kualiti yang berbeza dan membantu pasukan ketika melancarkan serangan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen