Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' -- Arteta

Oleh Ammar Hakim 15 Januari 2021 650
Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' -- Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menegaskan 'belum ada yang pasti' mengenai perpindahan Mesut Ozil ke Fenerbahce.

Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Tetapi Arteta berkata masih tiada persetujuan dilakukan buat pemain tersebut, yang kali terakhir beraksi untuk Arsenal Mac lalu.

"Saya tidak mengetahui seberapa dekatnya dia sebelum ini mahu berhijrah," katanya.

"Terdapat beberapa perbincangan bersama [pengarah teknikal] Edu dan kelab, namun tiada apa yang pasti lagi."

Seri tanpa jaringan berdepan Palace menyaksikan Arsenal gagal meledak gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sama banyak dengan musim 2019-20.
 
Arteta akur dengan keputusan seri, dengan Arsenal menghuni tangga ke-11 liga.

"Saya sangat kecewa kerana kami mahukan kemenangan.

"Tetapi saya berasakan keputusan seri adalah adil kerana kami gagal bertindak cemerlang ketika melakukan sentuhan penyudah."

Arsenal kembali beraksi Isnin ini, apabila mereka menerima kunjungan Newcastle United.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen