LEICESTER CITY 1 EVERTON 2

"Mengapa tidak?" Itu yang bermain di fikiran pemain tengah Everton, Gylfi Siggurdsson, sebelum meledak gol kemenangan menakjubkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, malam tadi.


Dengan permainan hanya berbaki 13 minit, pemain kebangsaan Iceland itu menerima hantaran daripada Kurt Zouma sebelum menewaskan James Maddison dan melakukan pusingan ala 'Cryuff', seterusnya meledak jaringan menakjubkan yang menembusi penjuru kiri gawang dari jarak 30 ela.

Jaringan tersebut hadir selepas Wes Morgan dilayangkan kad merah untuk tuan rumah beraksi kurang seorang pemain.

"Ini adalah kemenangan pertama kami di laman lawan musim ini. Kami semakin yakin untuk menang dan tiga mata ini amat baik untuk diraih," kata Sigurdsson.

"Mereka beraksi 10 pemain dan bermain corak bertahan. Amat sukar menembusi pertahanan mereka dan sebaik saya mendapat peluang, mengapa tidak? Mujur ia tepat ke dalam gawang.

"Ia antara jaringan terbaik saya, ia datang pada masa yang tepat. Saya sangat gembira," tambahnya.

Everton berada di depan seawal minit ketujuh sebelum Ricardo Pererira kembali mengikat kedudukan buat Leicester.

Jaringan daripada Siggurdsson itu merupakan gol kemenangan Everton yang dijaringkan
pada minit ke-77.