Ozil mangsa keadaan di Arsenal -- McCoist

Oleh Nafis Abdullah 22 April 2020 468
Ozil mangsa keadaan di Arsenal -- McCoist
Mesut Ozil merupakan mangsa tingkah laku kebudak-budakan dalam bilik persalinan Arsenal selepas dia dilaporkan salah seorang daripada tiga pemain yang menolak cadangan pemotongan gaji.

Pandangan itu disuarakan oleh legenda Rangers, Ally McCoist, yang berpendapat Ozil cuba dijatuhkan oleh sekurang-kurangnya seorang rakan di Arsenal selepas keputusannya itu didedahkan.

Isnin lalu, Arsenal mengumumkan penolakan gaji sebanyak 12.5 peratus telah dipersetujui seluruh skuad serta staf pasukan utama, sebagai langkah susulan wabak coronavirus.

Bagaimanapun, Ozil didakwa menolak untuk bersetuju dan McCoist menegaskan pasti ada rakan sepasukannya di Arsenal yang mendedahkan maklumat perbincangan pemain itu.

"Ia memaklumkan anda tentang kualiti rakan sepasukan Ozil kerana sudah pasti dia berdepan perangai kebudak-budakan dalam bilik persalinan," katanya.

"Tidak kira apa pandangan anda tentang Ozil, saya fikir perbualan tertutup mengenai pemotongan gaji tidak patut didedahkan kepada umum. Ia dilakukan dengan niat untuk memperburukkannya.

"Saya bayak membaca perkara baik tentang Ozil, apa yang sanggup dilakukan serta sumbangan derma di merata tempat.

"Saya fikir ia lebih kepada mendedahkan apa yang berlaku dalam kelab ketika ini. Bolehkah anda bayangkan kisah sebegini hadir daripada kem Liverpool atau Manchester City?

"Ia tidak berlaku kerana mereka merupakan ampuh sebagai satu pasukan dan unit. Saya lihat ia memberitahu anda tentang Arsenal dan pendirian Ozil dalam bilik persalinan membuatkan dia cuba diperburukkan.

Sebelum ini, antara sumbangan Ozil adalah membayar pembedahan untuk 1,000 kanak-kanak serta turut menderma makanan kepada 100,000 gelandangan di Turki dan Syria.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen