ARSENAL 5 HUDDERSFIELD TOWN 0

Mesut Ozil "membuktikan kemampuannya" ketika membantu Arsenal meraih kemenangan 5-0 ke atas Huddersfield Town dan Arsene Wenger menyifatkan pemain itu telah memperagakan kemampuan sebenarnya.


Di sebalik jaringan pembukaan yang dihasilkan oleh Alexandre Lacazette tiga minit selepas perlawanan bermula, Arsenal bergelut ketika berdepan The Terriers, dengan Steve Mounie berjaya menghasilkan beberapa peluang yang memaksa Petr Cech berusaha untuk memastikan gawang The Gunners tidak dibolosi.

Ozil menenangkan keadaan apabila mengumpan untuk jaringan Olivier Giroud – yang masuk menggantikan Lacazette -- serta untuk Alexis Sanchez dalam dua perlawanan berturut-turut, sebelum menambah jaringan buat dirinya.

Masa depan pemain kebangsaan Jerman itu masih lagi tiada kepastian selepas kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini tetapi Wenger menyatakan kepentingan pemain tersebut selepas tamat perlawanan.

"Kami bermula baik tetapi gagal mengekalkan tumpuan dalam perlawanan hingga hantaran yang dilakukan berjaya dipintas pasukan lawan," kata Wenger.

"Kemudian kami berjaya meraih gol kedua dan selepas itu, ia memberikan kebebasan untuk pasukan kami mempamerkan kualiti dan Ozil mempamerkan magisnya buat kami."

David Wagner kecewa Huddersfield gagal menyempurnakan peluang, dengan Collin Quaner gagal untuk menyempurnakan peluang dalam babak pertama, sekaligus merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Tahniah kepada Arsenal di atas kemenangan ini -- mereka berhak meraih tiga mata," kata Quaner.

"Kami memiliki dua peluang, tetapi Arsenal meraih tiga gol dalam tempoh lima minit. Arsenal memberikan pengajaran kepada kami."