Penyerang Arsenal, Mesut Ozil, tidak dapat diturunkan bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris berdepan Brighton & Hove Albion, esok.

Pemain kebangsaan Jerman itu terlepas kemenangan 4-2 dalam saingan Liga Europa (UEL) ke atas BATE Borisov, Jumaat lalu, selepas beraksi selama tujuh minit ketika mereka meraih kemenangan 2-0 ke atas West Brom sebagai pemain gantian.

Pemain berusia 28 tahun itu, yang telah terlepas aksi bertemu Chelsea dan kemenangan ke atas Doncaster Rovers dalam saingan Piala ELF kerana mengalami kecederaan lutut, telah diketepikan daripada skuad Jerman bagi aksi kelayakan Piala Dunia, bulan depan.

Pengurus, Arsene Wenger, mendedahkan kecederaan Ozil adalah jangka masa pendek tetapi perlawanan berdepan Brighton masih terlalu awal untuknya.

"Ozil tidak dapat diturunkan lagi bertemu Brighton, masih terlalu awal," katanya.

Wenger turut mengesahkan Francis Coquelin (masalah hamstring) dan Danny Welbeck (kecederaan pinggul) akan diketepikan tetapi memberikan lampu hijau kepada Sead Kolasinac untuk beraksi dan mencadangkan Alex Iwobi akan turun dalam kesebelasan utama.