Newcastle sekat kemenangan City 

Oleh Staff Writer 30 November 2019 877
Newcastle sekat kemenangan City 
NEWCASTLE 2 MANCHESTER CITY 2 

Harapan Manchester City untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) ketiga berturut-turut menerima tamparan baru apabila jaringan memukau Jonjo Shelvey membantu Newcastle United untuk mencatat seri 2-2 dalam pertembungan di St James' Park, sebentar tadi. 


City kelihatan meniti landasan untuk memungut mata penuh selepas Raheem Sterling meledak gol kelapannya dalam kempen EPL musim ini pada pertengahan babak pertama, namun Jetro Willems mengikat kedudukan tiga minit kemudian.

Kevin De Bruyne kembali meletakkan City di hadapan ketika perlawanan bersisa lapan minit dengan satu rembatan gemilang dari luar kotak penalti tetapi pasukan Pep Guardiola itu sekali lagi dinafikan kemenangan penting menerusi rembatan deras Jonjo Shelvey pada minit ke-88.

Sterling pula mensia-siakan peluang berharga untuk jaringan kemenangan dalam masa kecederaan dan keputusan itu bermakna City bakal tercicir 11 mata di belakang pendahulu, Liverpool, sekiranya skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengatasi Brighton & Hove Albion di Anfield.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen