Moyes mahu segera perkuat West Ham

Oleh Penulis Jemputan 28 Disember 2017 393
Moyes mahu segera perkuat West Ham
David Moyes menggesa West Ham untuk segera bertindak dalam jendela perpindahan Januari bagi menangani "skuad yang tidak seimbang".

West Ham menduduki tangga ke-17 dalam Liga Perdana Inggeris, satu mata di atas zon penyingkiran, selepas memenangi dua daripada sembilan perlawanan liga sejak Moyes dilantik sebagai pengganti Slaven Bilic.

Kelab itu gagal melengkapkan perjanjian untuk pemain antarabangsa Portugal dari Sporting CP, William Carvalho, pada tarikh akhir jendela perpindahan musim panas lalu dan jurulatih dari Scotland itu percaya West Ham perlu memperkuatkan bahagian tengah. 

"Saya telah memberikan peluang kepada pemain," katanya kepada laman web rasmi West Ham. "Saya mahukan segera kerana saya tidak boleh tunggu tiga atau empat bulan lagi.

"Sebaik-baiknya, saya mempunyai enam atau tujuh perlawanan pra-musim untuk memahami apa yang mereka suka dan apa yang mereka lakukan, tetapi tidak.

"Saya harus mengatakan setiap pemain telah menunjukkan keinginan yang hebat dan komited dalam latihan tetapi saya fikir kami kurang dalam beberapa kawasan dan terlebih di posisi lain. Sebagai contoh, kami mempunyai ramai penyerang tetapi kurang pemain tengah.

"Kami mempunyai beberapa pemain yang selesa bermain di sebelah kiri tetapi tidak ramai yang boleh bermain di sebelah kanan, jadi kami sedikit tidak seimbang dan harus diperbetulkan pada Januari ini," katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen