WATFORD 2 MANCHESTER UNITED 4

Jose Mourinho kecewa dengan pembaziran peluang Manchester United ketika melakar kemenangan 4-2 ke atas Watford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.


Ashley Young meledak dua gol dalam 25 minit pertama sebelum Anthony Martial memberikan keselesaan buat United mendahului permainan dalam babak pertama di Vicarage Road tetapi Romelu Lukaku dan Paul Pogba merupakan antara pemain yang gagal untuk memahat nam selaku penjaring dalam perlawanan ini.

Troy Deeney menyumbat masuk gol buat tuan rumah ketika perlawanan berbaki 13 minit selepas Marcos Rojo menjatuhkan Roberto Pereyra sebelum Abdoulaye Doucoure meledak gol kedua bagi meningkatkan semangat mereka.

Jesse Lingard melenyapkan harapan Watford untuk meraih sebarang mata dengan percubaan pada minit ke-86 tetapi Mourinho kecewa kerana pemain-pemainnya gagal untuk menamatkan perlawanan dengan lebih awal.

"Dalam babak kedua, United senang-senang mampu menjadi kedudukan 5-0 atau 6-0 dan ia merupakan percubaan yang jauh lebih senang berbanding pada separuh masa pertama. Tetapi kami gagal menyempurnakan peluang itu," katanya.

"Tanpa sebaran tekanan, tuan rumah meraih sepakan penalti untuk kedudukan 3-1 dan perlawanan sudah berubah kerana mereka meningkatkan tekanan. Ia merupakan perlawanan yang mudah untuk kami tetapi ia berakhir dengan keputusan 4-2 dan United terpaksa bekerja keras hingga hujung permainan.

Pengurus Watford, Marco Silva, kecewa Rojo tidak dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Pereyra di samping mencadangkan pemain-pemainnya mampu bangkit jika lawan kekurangan seorang pemain.

"Rojo seharusnya dilayangkan kad kuning kedua. Ia akan memudahkan usaha kami untuk meraih mata dalam perlawanan ini," kata Silva.

"Ini merupakan satu keputusan yang mengecewakan buat kami tetapi kualiti pemain-pemain yang dimiliki oleh United menjadi faktor kami gagal menyamakan kedudukan.

"Pemain-pemain akan berehat selepas ini sebelum menilai perkara-perkara yang boleh dipertingkat bagi menghadapi perlawanan seterusnya," katanya.