Permulaan kurang konsisten Gareth Bale di Tottenham sekali lagi terhenti selepas pemain pinjaman dari Real Madrid itu tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu.

Bale mengalami kecederaan betis meraih kemenangan dalam suku akhir Piala EFL ke atas Stoke City 23 Disember lalu, gagal untuk cemerlang dalam separuh masa kedua, dan gagal mengambil bahagian ketika seri 1-1 dengan Wolves empat hari kemudian.

Pengendali Spurs, Jose Mourinho, mengesahkaan bahawa pemain kebangsaan Wales, yang hanya membuat satu penampilan dalam kesebelasan utama bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), bakal direhatkan lagi.

"Saya tidak mengatakan ia [kecederaan Bale] serius tetapi dia perlu berehat untuk beberapa minggu," kata Mourinho.

Giovani Lo Celso, Lucas Moura dan Carlos Vinicius turut terlepas pertembungan dengan skuad kendalian Scott Parker, menyaksikan Tanguy Ndombele akan terus kekal dalam skuad utama bagi memperkuatkan jentera tengah.


Pemain kebangsaan Perancis itu meledak gol pada minit pertama di Molineux dan menyerlah sepanjang perlawanan yang kelihatan dimenangi mereka.

Ndombele masih belum melengkapkan 90 minit penuh dalam 11 perlawanan Liga Perdananya, bagaimanapun, dan pengendali Portugis itu sedang mencari peningkatan di kawasan itu.

"Kami gembira [dengannya]. Selain dari beberapa perlawanan di mana persembahannya tidak bagus, secara keseluruhan terdapat evolusi besar.

"Saya percaya bermain dengan intensiti Liga Perdana, dan bertahan selama 90 minit, sudah tentu merupakan satu lagi langkah ke arah kecergasannya.

"Tetapi dia pemain yang bermain dengan sangat baik dan memberikan beberapa perkara baik kepada pasukan."

Spurs kini menghuni tangga ketujuh EPL selepas gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.