Morata ditinggalkan Chelsea 

Oleh Penulis Jemputan 12 Disember 2017 9282
Morata ditinggalkan Chelsea 
Alvaro Morata diketepikan Chelsea untuk kunjungan menentang Huddersfield Town dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium John Smith, awal pagi esok.

Skuad The Blues itu bermain tujuh perlawanan sejak 18 November lalu kerana jadual EPL yang sibuk dan komitmen mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, percaya pemainnya mula mengalami kecederaan dan masalah kecergasan kerana bebanan tugas, yang akan berterusan sepanjang tempoh Krismas.

Chelsea seterusnya akan ke Huddersfield dan mereka akan beraksi tanpa Morata yang mengalami masalah belakang.

"Morata sudah terkeluar kerana dia agak letih dan ada masalah di belakangnya," kata Conte kepada sidang media sebelum perlawanan itu. 

"Saya fikir apabila bermain setiap tiga hari, adalah mustahil untuk menjalani sesi latihan dan bekerja pada aspek fizikal. Ia mustahil. Mustahil kerana anda perlu bersiap sedia dengan pemain untuk perlawanan setiap tiga hari.

"Saya fikir kami perlu menghadapi realiti dan akan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Jika saya di sini untuk mengadu, ia bukanlah cara yang betul.

"Ia pasti sukar kerana kami menghadapi perlawanan setiap tiga hari. Ia bukan mudah, terutama jika skuad anda tidak besar tetapi pada masa yang sama kami harus menghadapi situasi ini.

"Kami perlu berusaha sebaik mungkin, sesetengah pemain mungkin letih, itu normal kerana sebilangan pemain bermain dari musim panas dan jelajah kami di China dan Singapura," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen