Morata beri isyarat kembali bersama Chelsea

Oleh Penulis Jemputan 4 Oktober 2017 772
Morata beri isyarat kembali bersama Chelsea
Penyerang Chelsea, Alvaro Morata, membayangkan bahawa dia menyasarkan untuk kembali beraksi selepas rehat antarabangsa walaupun laporan awal menjangkakan dia mungkin berehat enam minggu akibat kecederaan.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu mengalami kecederaan hamstring ketika kekalahan 1-0 Chelsea kepada Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Kecederaan itu menghalang Morata untuk beraksi bersama pasukan kebangsaannya bagi pertemuan menentang Albania dan Israel dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia pada Sabtu dan Selasa ini.

Tetapi Morata menerusi akaun Instagramnya memberi keyakinan kepada peminat bahawa dia sedang berjuang untuk kembali dengan menyiarkan gambar dirinya bersama kapsyen: "Saya tidak mempunyai masa untuk tewas. Kerja keras ke arah pemulihan."

Morata pada awalnya memasukkan emoji sasaran dan "Crystal Palace" dalam kapsyennya, sebelum memadam jadual pertandingan Chelsea itu.

Chelsea akan berkunjung ke Palace untuk aksi Liga Perdana Inggeris pada 14 Oktober ini.

Morata telah menjaringkan tujuh gol sepanjang sembilan perlawanan dalam semua pertandingan sejak menyertai Chelsea dari Real Madrid.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen