Pemain sayap Swansea City, Jefferson Montero, bakal bertemu dengan doktor pakar selepas mengalami keretakan tulang di tangannya.

Montero mengalami kecederaan itu ketika kekalahan 3-1 Swansea kepada Manchester United, Ahad lalu.

Dia telah diterbangkan ke Ecuador untuk membantu negaranya bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay dan Venezuela.

Bagaimanapun, selepas kecederaannya telah disahkan oleh doktor pasukan, Montero telah dikecualikan daripada tugasan antarabangsa dan terbang kembali ke Swansea.

Pakar tersebut akan menilai sama ada Montero boleh terus bermain dengan menggunakan alat perlindungan pada tangannya.

Swansea, yang kini berada di tangga kedua tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), memerlukan enam mata untuk berada di zon selamat.