Messi buat semua pemain cemas -- Coady

Oleh Ammar Hakim 2 September 2020 246
Messi buat semua pemain cemas -- Coady
Lionel Messi mampu mencetus situasi cemas dalam kalangan pertahanan Liga Perdana Inggeris (EPL) jika berhijrah bersaing di England, menurut kapten Wolves, Conor Coady.

Pemenang Ballon d'Or enam kali, Messi, telah kuat dikaitkan dengan penghijrahan ke Manchester City sejak memberitahu Barcelona keinginannya untuk meninggalkan kelab minggu lalu.

Prestasi cemerlang Coady bersama Wolves membenarkan dirinya terpilih bersama skuad England untuk aksi Liga Negara-Negara UEFA berdepan Iceland dan Denmark.

Bagaimanapun, dia tidak begitu bangga dan mengakui berdepan kebimbangan jika perlu bertemu Messi dalam saingan EPL musim depan.

"Saya perlu jujur dengan anda, saya mungkin berdepan situasi cemas sebelum perlawanan, cuba untuk memberikan semangat ketika berdepan pemain seperti Messi," kata Coady.

"Anda boleh menonton video dan membuat persiapan tetapi anda akan tetap bergelut.

"Ia adalah perkara yang baik buat EPL, kami semua mengetahui betapa besarnya saingan ini. Sebarang keputusan terletak kepada dirinya."
 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen