Menyesal tidak beli penyerang -- Guardiola

Oleh Ammar Hakim 27 Oktober 2020 10710
Menyesal tidak beli penyerang -- Guardiola
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menyesal tidak membeli pemain penyerang jendela perpindahan lalu selepas mengesahkan Sergio Aguero dijangka direhatkan selama seminggu.

Aguero mengalami kecederaan hamstring ketika City seri 1-1 dengan West Ham hujung minggu lalu dan tidak akan tersenarai dalam pertembungan Kumpulan C Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Marseille awal pagi esok.

Dengan Gabriel Jesus turut diketepikan, berikutan baru sahaja pulih daripada kecederaan otot ketika dialami dalam aksi pembukaan Liga Perdana musim ini, City kekurangan pilihan pemain penyerang.

Apabila ditanya jika dia menyesal tidak memperkuatkan jentera serangan, Guardiola mengakui lebih baik tetapi mereka tidak dapat berbelanja besar.

"Mungkin ya. Kami menganggapnya, kita fikir tentang hal itu, tetapi kita tidak boleh," kata Guardiola.

"Sekiranya anda memutuskan untuk membeli penyerang, ia harus setara seperti Gabriel dan Sergio, tetapi kami tidak mampu.

"Saya tidak mengatakan bahawa kelab tidak mahu mendapatkan penyerang, mereka mahu menjadikan pasukan sekuat mungkin. Kecederaan adalah perkara yang sukar diduga dan tidak diingini."
 
Guardiola tidak dapat memberikan tempoh masa yang diperlukan pemain kebangsaan Argentina itu untuk kembali beraksi tetapi menjangkakan penjaring gol terbanyak kelab itu bakal berdepan sebulan sebelum pulih sepenuhnya.

Pengendali City itu terus menolak cadangan Aguero telah dipaksa kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan lutut sebelum ini sebelum musim bermula.

"Sergio mengalami kecederaan dalam perlawanan sebelum ini. Dan anda mengetahui apabila anda terlepas perlawanan hampir lima bulan, anda berdepan risiko.

"Kami tidak memaksanya untuk kembali beraksi. Kami telah cuba bersabar menantikan dia kembali bersama pasukan, tidak memaksa pihak perubatan. Namun kami mengetahui dia masih tidak berada di tahap terbaik.

"Tetapi dia telah menampilkan aksi yang penting ketika berdepan West Ham selama 55, 60 minit. Malangnya, satu aksi dalam separuh masa pertama, dia kurang bernasib baik, cuba untuk menghalang hantaran jauh dan berasakan sesuatu. Kami berharap dia akan pulih sepenuhnya."





 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen