Mendy sedia tanggungjawab kekalahan City

Oleh Penulis Jemputan 28 Disember 2019 433
Mendy sedia tanggungjawab kekalahan City
Benjamin Mendy sedia bertanggungjawab dengan kesilapan terbesarnya ketika Manchester City ditewaskan Wolverhampton Wanderers 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Usaha City untuk mencabar kejuaraan liga musim ini menerima tamparan hebat selepas tewas di Molineux dalam perlawanan yang menyaksikan mereka mendahului 2-0 selepas Ederson dilayangkan kad merah.

Adama Traore, yang menyumbat gol pertama Wolves, membuka ruang buat Raul Jimenez untuk menyamakan kedudukan selepas menggunakan kesempatan hasil kesilapan Mendy sebelum Matt Doherty mengesahkan kemenangan pada minit ke-89.

Mendy menerima hakikat dia telah melakukan kesilapan besar tetapi terdesak untuk memperbaikinya.

"Mudah untuk bercakap apabila segalanya berjalan lancar tetapi sukar sewaktu ia mengecewakan peminat," katanya.

"Satu kesilapan besar pada hari ini dan saya berhutang dengan anda aksi terbaik untuk anda meneruskan sokongan. Masa untuk bangkit dan berusaha sebelum kembali ke prestasi terbaik. #comeoncity."

Kekalahan itu menyaksikan City ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Liverpool, yang memiliki kelebihan satu perlawanan.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu akan melayan kunjungan Sheffield United, awal pagi Isnin nanti.


Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen