Luiz diketepikan atas sebab taktikal

Oleh Penulis Jemputan 6 November 2017 1966
Luiz diketepikan atas sebab taktikal
Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menjelaskan bahawa ketiadaan David Luiz dalam kesebelasan utama ketika menentang Manchester United adalah disebabkan oleh taktikal permainan.

Bintang Brazil itu kehilangan tempat kepada Andreas Christensen dalam pertemuan di Stamford Bridge, namun dia langsung tidak disenaraikan di bangku simpanan.

Bagaimanapun, Conte menegaskan tiada sebarang isu yang berlaku terhadap Luiz sambil bmerasakan Christensen dan seorang lagi pemain muda, Ethan Ampadu, layak meraih peluang untuk beraksi.

"Ia adalah keputusan atas sebab taktikal. Andreas Christensen berada di tahap terbaik dan Ampadu adalah salah seorang pemain muda yang bagus," kata Conte.

"Kami melepaskan banyak gol, jadi pasukan memerlukan kestabilan. Chelsea perlu bersabar dan bertahan dalam keadaan yang tepat.

"Manchester United adalah sebuah pasukan yang bagus. Mereka juga seperti kami, mahu menang. Kami cuba menampilkan permainan bola sepak tersendiri dan fokus sejak sepak mula sehingga tamat permainan," jelasnya.

Chelsea yang juga juara bertahan liga menundukkan skuad kendalian Jose Mourinho 1-0 hasil jaringan tunggal Alvaro Morata pada minit ke-55 perlawanan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen