Liverpool tetap akan juara Liga Perdana Inggeris -- Presiden UEFA

Oleh Nafis Abdullah 8 April 2020 1152
Liverpool tetap akan juara Liga Perdana Inggeris -- Presiden UEFA
Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, tidak melihat sebarang perkara yang mampu menggugat Liverpool daripada memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun di sebalik wabak coronavirus yang sedang menular.

Liverpool kini selesa mendahului 25 mata di puncak liga sebelum saingan ditangguhkan akibat COVID-19, bulan lalu.

Sehingga kini, masih belum ada pengesahan sama ada saingan akan disambung atau waktu dijalankan semula tetapi Ceferin berkata skuad kendalian Jurgen Klopp itu hampir pasti menjadi juara dan menamatkan penantian sejak 1990.

"Saya tidak lihat sebarang tanda Liverpool akan terlepas," katanya.

"Jika ia dijalankan, mereka hampir pasti memenanginya. Secara teori, mereka belum sampai ke tahap 100 peratus tetapi semakin hampir.

"Namun, jika saingan tidak disambung, keputusan perlu diumumkan melalui cara lain, juara perlu dikenal pasti. Sudah tentu, sekali lagi, saya tidak melihat situasi itu selain Liverpool.

"Saya faham sesetengah peminat akan kecewa jika ia disambung dalam stadium kosong dan sebagainya tetapi saya percaya mereka akan memenangi kejuaraan itu."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen