Jesse Lingard mengakui dirinya 'hilang identiti sebagai seorang pemain' selepas mengharungi musim 2019-20 yang sukar bersama Manchester United.

Pemain skuad kebangsaan England itu sekadar membuat sembilan kesebelasan utama -- paling sikit sejak musim pertamanya pada 2015-16 bersama United -- dan paling terbaru ketika tewas kepada Arsenal pada Tahun Baru.

Lingard, yang dikeluarkan dalam setiap sembilan perlawanan terakhir itu berdepan kesukaran untuk beraksi dalam usaha untuk membantu pasukan mendapatkan tempat dalam kelompok empat erbaik dan layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Kempen musim ini diakhiri dengan Lingard menjaringkan gol yang pertama sejak Disember 2018 ketika mengatasi Leicester City 2-0 Ahad lalu, tetapi pemain berusia 27 tahun itu mendedahkan berdepan pengalaman yang paling sukar dalam kariernya.



Lingard menjelaskan masalah yang dihadapi turut didorong dengan isu keluarga tetapi perasaan sayang terhadap United tidak pernah luntur.

Menerusi Instagram, dia berkata, "Musim ini sukar dengan beberapa sebab.

"Saya hilang identiti sebagai seorang pemain, tetapi saya tidak pernah mahu berputus asa.

"Saya juga mengetahui para peminat agak kecewa tetapi semangat saya terhadap pasukan tidak pernah luntur.

"Pasukan ini, kelab adalah keluarga saya dan akan terus bekerja keras untuk mencapai sasarannya."

Lingard memiliki setahun lagi dalam kontraknya bersama United dan namanya telah dicadangkan untuk dijual jendela perpindahan ini.