Frank Lampard menegaskan dia mampu mengendalikan tekanan yang bakal hadir datang di sebalik prestasi hambar Chelsea dalam ketika tewas 2-0 kepada Leicester City awal pagi tadi.

Jaringan daripada Wilfred Ndidi dan James Maddison menyaksikan Leicester mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL), sembilan mata berkelebihan ke atas CHelsea yang sekadar meraih dua kemenangan daripada lapan perlawanan liga.

Skuad kendalian Lampard ketinggalan lima mata daripada kelompok empat terbaik, dengan 29 mata yang diperoleh merupakan mata yang paling rendah buat Chelsea selepas pertengahan musim.

Ditanya mengenai masa depannya, ketua jurulatih, Lampard, berkata, "Saya tidak dapat mengawalnya. Saya pernah ditanya sebelum ini, saya memahaminya, itu adalah jangkaan kelab ini.

"Chelsea adalah pasukan yang sedang membangun tetapi saya tidak boleh terjebak dalam sebarang reaksi. Saya mengambil kerja ini setelah mengetahui bahawa kami akan mengharungi saat yang sukar.

"Kami akan terus berjuang. Saya mampu tangani tekanan."