Lampard belum fikir soal muka baru di sebalik kekalahan 

Oleh Penulis Jemputan 8 Disember 2019 329
 Lampard belum fikir soal muka baru di sebalik kekalahan 
EVERTON 1 CHELSEA 3 

Frank Lampard masih belum memikirkan untuk menyuntik skuadnya dengan muka baru pada bulan depan walaupun kalah 1-3 di Everton malam tadi. 


Everton diterajui oleh pengurus sementara, Duncan Ferguson, buat julung kalinya apabila pengurus berbangsa Scotland itu mengambil tugasan berkenaan daripada Marco Silva yang dipecat dua hari lalu.

Bekas penyerang Everton itu mencetuskan inspirasi kepada Toffees untuk kembali merakam kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL)  itu yang menyaksikan Richarlison membuka jaringan, disusuli gol berganda daripada Dominic Calvert-Lewin biarpun Matthew Kovacic sempat cuba mencetuskan kebangkitan pelawat. 

Persembahan Chelsea, khususnya di bahagian pertahanan, mencetuskan beberapa isu yang perlu ditangani berikutan persembahan buruk Kurt Zouma dan Andreas Christensen. 

Bagaimanapun, berikutan larangan perpindahan Chelsea yang dibatalkan semalam selepas berjaya dalam rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), Lampard masih belum memikirkan  pembelian baru diperlukan sungguhpun The Blues tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir. 

"Belum," kata Lampard kepada wartawan apabila ditanya sama ada dia kini terlintas untuk membawa masuk pemain baru bulan depan. 

"Usaha (adalah diperlukan)," katanya. 

"Kami bermain dengan bagus, kami memenangi perlawanan. Ini adalah Liga Perdana Inggeris. Kami bertandang ke Manchester City dengan beraksi baik tetapi tewas dalam perlawanan itu. 

"Kedua-dua perlawanan selepas itu memberi isyarat bahawa kami perlu bertambah baik. Kami telah bertemu dua pasukan yang mengalami tempoh yang sukar dan kami telah melepaskan peluang berkenaan atas alasan yang berbeza dan mereka akan menjadi pengajaran yang besar buat kami."

Kekalahan itu bermakna Chelsea akan menghabiskan hujung minggu ini dengan berada tiga mata di depan Wolves -- jika mereka mengalahkan Brighton & Hove Albion, malam ini. 




 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen