Klopp tidak mampu pastikan semua pemain Liverpool gembira

Oleh Staff Writer 17 Disember 2018 2218
Klopp tidak mampu pastikan semua pemain Liverpool gembira
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata dia tidak boleh memastikan seluruh skuad kendaliannya gembira tetapi tidak percaya ia akan menjadi masalah buat pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Liverpool kembali menerajui liga selepas dua jaringan pemain gantian, Xherdan Shaqiri, memberikan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United, awal pagi tadi.

Kesilapan Alisson memberikan ruang buat Jesse Lingard menyamakan kedudukan selepas Sadio Mane membuka tirai jaringan tetapi kemasukan Shaqiri pada minit ke-70 memastikan dominasi buat Liverpool.

Bagaimanapun, walaupun Klopp gembira dengan impak yang dibawa oleh Shaqiri apabila dia dimasukkan, dia menegaskan semua pemain perlu membuktikan kemampuan mereka jika mahu mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya tidak boleh pastikan semua pemain gembira," kata Klopp.

"Anda gembira atau tidak, faham atau tidak tentangnya. Satu skuad yang besar bukan bertujuan untuk membuatkan ahli-ahlinya gembira. Saya rasa pemain faham tentang itu. 

"Jadi, sistem giliran dalam tempoh getir akan terbahagi kepada dua peluang. Anda akan bermain sehingga anda cedera atau apabila kami dapat mengawal permainan.

"Ia adalah hanya dua kemungkinan. Ini merupakan Liga Perdana Inggeris. Anda tidak boleh mengawal permainan.

"Jadi, kami perlu melakukan pertukaran. Saya lebih selesa untuk membuat pertukaran sebelum pemain cedera. Terdapat beberapa tugas penting menentang sesetengah lawan."

Sementara itu, pertahanan Liverpool, Nathaniel Clyne, melakukan penampilan pertama liga musim ini dengan aksi berdepan skuad bimbingan Jose Mourinho itu dan Klopp menggunakan pertahanan itu sebagai satu contoh kualiti yang diperlukan dalam skuad bimbingannya.

"Contoh terbaik adalah Clyne," tambah Klopp.

"Sejak saya berada di sini, dia telah bermain 100 perlawanan atau lebih, jadi dia mengalami kecederaan yang teruk dan diketepikan.

"Trent Alexander-Arnold tiba, kemudian Joe Gomez dan situasi berubah.

"Anda boleh berlatih di peringkat tertinggi tetapi anda perlu tunggu. Ia bagus? Tidak. Ia sebahagian daripada tugas? Ya. Begitulah ia berlaku."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen