Klopp: Mane sudah jadi pemain kelas dunia

Oleh Muzaffar Musa 3 Oktober 2020 3186
Klopp: Mane sudah jadi pemain kelas dunia
Jurgen Klopp memuji Sadio Mane kerana perkembangannya dalam menjadi salah seorang penggempur terbaik dalam sukan bola sepak.

Mane berpindah ke Anfield pada 2016 selepas dua tahun mencuri tumpuan bersama Southampton dan turut menarik perhatian dalam beberapa musim bersama Salzburg.

Pemain kebangsaan Senegal itu menjaringkan 31 gol daripada 36 perlawanan liga bersama kelab Austria itu selain meledak sebanyak 21 kali sepanjang 67 penampilan bersama The Saints.

Mane kelihatan meningkat ke satu tahap berbeza sejak menyertai Liverpool, di mana dia menjaringkan 66 gol sepanjang 130 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia juga menjadi tonggak pasukan itu ketika mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat dua tahun berturut-turut -- Liverpool muncul juara musim lalu -- selain dikalungkan pingat selaku juara EPL musim lalu.

"Saya dapat melihat potensinya (di Southampton), saya berharap dia dapat mencapai tahap itu, 100 peratus, kerana kombinasi kelajuan, fizikal, teknik dan pertimbangan yang dimilikinya amat berbeza," kata Klopp kepada wartawan.
 
"Itulah yang telah dipamerkannya sejak di Southampton lagi -- dan apa yang telah dipamerkannya sejak di Salzburg lagi, di mana saya patut mengesannya lebih awal.

"Daripada sekadar bakat untuk menjadi seorang yang matang dan pemain berkelas dunia yang sudah terbukti, ia memerlukan langkah yang besar kerana anda memerlukan minggu ke minggu yang panjang.

"Itulah yang mampu dilakukannya. Ia perkembangan yang amat besar.

"Saya tidak pasti mengenai kedudukannya tetapi sudah pasti (dia adalah) yang terbaik, terbaik, terbaik, terbaik sebagai seorang penggempur, pemain sayap, penyerang, atau apa sahaja yang anda mahu melihatnya di dunia.

"Saya fikir semua orang bersetuju mengenai perkara itu.

"Kerana itu kami amat gembira untuk memilikinya di sini, sudah pasti," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen