Klopp: Liverpool bijak gunakan peluang

Oleh Penulis Jemputan 12 November 2018 1614
Klopp: Liverpool bijak gunakan peluang
LIVERPOOL 2 FULHAM 0

Jurgen Klopp memuji kepantasan Liverpool untuk mengambil peluang di atas jaringan Fulham yang dinafikan untuk mendahului permainan di Anfield, malam tadi.


Aleksandar Mitrovic menanduk masuk gol buat Fulham, namun pengadil menafikan percubaan tersebut kerana penyerang itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Hanya 14 saat berikutnya, Liverpool mendahului perlawanan -- Mohamed Salah menjaringkan gol keenam dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Alisson segera melepaskan hantaran sebelum Trent Alexander-Arnold melakukan lorongan buat pemain kebangsaan Mesir itu.

The Reds melakar kemenangan 2-0 menerusi jaringan Xherdan Shaqiri dalam separuh masa kedua dan Klopp berpuas hati dengan gaya barisan pemainnya bertindak selepas pengadil menafikan jaringan Mitrovic itu.

"Saya hanya melihat sekali. Saya tidak pasti sama ada Mitrovic dalam kedudukan ofsaid," kata Klopp.

"Perkara paling penting adalah reaksi pemain-pemain terhadap situasi tersebut. Alisson, Alexander-Arnold dan Salah telah memastikan jaringan pertama buat Liverpool," ujarnya.

Klopp berasakan pasukannya telah berjaya mengangani tekanan Fulham, menyaksikan Calum Chambers bertindak selaku pemain tengah bertahan di hadapan dua pemain pertahanan, Denis Odoi dan Alfie Mawson.

"Kami agak terkejut dengan barisan pemain Fulham untuk perlawanan ini. Pada pendapat saya, ini merupakan kali pertama Fulham beraksi dengan taktikal ini. Mereka menurunkan hampir empat hingga lima pertahanan tengah.

"Fulham selalunya memberikan penekanan dalam permainan kreatif tetapi hari ini mereka cuba mengawal rentak permainan. 

"Ia merumitkan perancangan kami tetapi Liverpool telah berjaya mencari jalan untuk menjaringkan gol."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen