Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menerima situasi Alberto Moreno yang tidak gembira akibat kekurangan peluang beraksi musim ini tetapi dia tetap membuka ruang buat pertahanan itu untuk terus mencuba.

Moreno menyatakan rasa kecewa dalam satu temubual radio Sepanyol selepas hanya melakukan dua penampilan liga dan masuk selaku pemain gantian sekali bagi aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Aksi cemerlang kapten Scotland, Andy Robertson, bersama pendahulu liga itu membuatkan Moreno kekurangan peluang selepas kembali daripada kecederaan belakang.

"Saya melakukan segalanya untuk pasukan ini dan saya rasa apabila kembali daripada kecederaan, saya layak meraih peluang," kata Moreno kepada Cadena Sar.

"Situasi itu normal untuk kebanyakan pemain tetapi saya memang tidak gemar cara Klopp melayan saya."

Klopp bersimpati dengan situasi yang dihadapi Moreno tetapi pertahanan yang mahu meninggalkan kelab itu patut berjumpanya berbanding menghebahkan perkara itu kepada media.

"Sejujurnya, saya masih belum bersedia untuk mengatakan sesuatu," ujar Klopp.

"Apa yang saya lakukan apabila berdepan perkara ini kebiasaannya adalah sentiasa menunggu untuk datang berbincang. Selagi mereka tidak bercakap dengan saya, ia tidak akan berlaku!

"Namun, Moreno tidak gembira kerana kekurangan waktu permainan dan ia sangat jeals. Apa yang penting adalah dia tidak pernah menunjukkannya ketika sesi latihan, jadi dia seorang profesional dan berlatih dengan baik apabila perlu.

"Beberapa minggu lalu, dia mengalami kecederaan belakang dan memaksanya untuk berehat. Semalam, dia kembali buat kali pertama dan tampak 100 peratus cergas. Itu sahaja."

Moreno mengetuai Liverpool ketika aksi pramusim dan terlepas kelahiran anaknya pada November 2017 selepas beraksi dalam kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Southampton.

Liverpool yang kini mempunyai kelebihan enam mata di puncak liga akan melayan kunjungan Arsenal awal pagi esok sebelum berdepan Manchester City minggu depan.