Klopp jangka Henderson kembali jalani latihan penuh minggu depan

Oleh Muzaffar Musa 6 September 2020 106
Klopp jangka Henderson kembali jalani latihan penuh minggu depan
Jurgen Klopp menjangkakan kapten Liverpool, Jordan Henderson, akan kembali menjalani latihan penuh minggu depan.

Henderson tidak dipilih sebagai pemain simpanan dalam perlawanan terakhir jelajah pramusim Liverpool menentang Blackpool awal pagi tadi memandangkan masih menjalani sesi pemulihan kecederaan lutut.

Bagaimanapun, pengurus, Klopp, memberikan perkembangan positif mengenai pemain itu, yang dikhabarkan akan menjalani latihan penuh dalam beberapa hari ini.

Liverpool akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menentang pendatang baru, Leeds United, hujung minggu depan.

Mengulas mengenai ketiadaan Henderson ketika perlawanan menetang pasukan Liga 1, Blackpool, Klopp berkata dalam laman web rasmi Liverpool: "Amat jelas Hendo amat terdesak untuk beraksi selama beberapa minit tetapi ia tidak masuk akal kerana dia perlu menjalani sesi pemulihan yang amat penting hari ini.

"Jika dia dapat bermain hari ini, tempoh permainan selama 10 minit sudah cukup bagus tetapi ia tidak masuk akal.

"Jadi, ia mustahil tetapi dia akan menjalani latihan besar minggu ini dan mungkin akan menjalani latihan bersama skuad penuh Selasa depan

"Jangkaannya tidak cukup baik dan dia tidak dapat bermain pada hari ini tetapi dalam beberapa hari ini, dia akan berlatih secara penuh. Itulah keadaannya.

"Kita akan melihat bagaimana perkembangannya. terdapat beberapa hari lagi sebelum menentang Leeds dan bagaimana pemain kami akan pulang ke sini selepas mewakili pasukan kebangsaan mereka.

"Terdapat banyak soalan dibangkitkan tetapi hanya sedikit yang kami boleh jawab hari ini," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen