Ole Gunnar Solskjaer menganggap Dean Henderson semakin matang selepas pemain antarabangsa England itu mengambil langkah kecil untuk menggugat David de Gea selaku penjaga gol utama Manchester United.

Menyaksikan telah mengekalkan posisi di benteng terakhir jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sepanjang 10 tahun di United, namun keupayaan pemain Sepanyol tersebut adakalanya mengundang persoalan.

Henderson mendapat kesempatan terhad pada hujung tahun lalu apabila dua kali memulakan perlawanan liga susulan De Gea menderita kecederaan ringan di Southampton.

Bagaimanapun, De Gea segera kembali sambil menjelmakan prestasi baik untuk dikekalkan sebagai pilihan utama Solskjaer bagi perlawanan liga domestik, manakala Henderson sering kali diharapkan dalam kancah Piala FA, Piala Liga Inggeris (EFL) dan sekali-sekala perlawanan di pentas Eropah.

Pencapaian tidak dibolosi ketika menentang Real Sociedad yang menyaksikan United menang bergaya 4-0 dalam Liga Europa semalam adalah satu langkah yang pasti didambakan Henderson.

Ia menimbulkan persoalan mengapa penjaga gawang yang dipinjamkan ke Sheffield United musim lalu itu jarang mendapat peluang bersama The Red Devils.




Bekas bintang tengah United, Paul Scholes, berkata kepada BT Sport: "Ole harus tahu dia adalah penjaga yang berkualiti tetapi adakah pengurusnya percaya bahawa dia lebih baik daripada David de Gea pada saat ini? Saya rasa tidak memandangkan apa sahaja kesilapan yang dilakukan David, dia akan terus mendapat kepercayaan penuh."

Solskjaer pula sebaliknya memuji kedua-dua pemainnya itu, tetapi percaya memilih Dean untuk mengekang Newcastle United dalam perlawanan EPL awal pagi Isnin ini boleh mengundang berita hangat.

"Dean baru sahaja mencuri tumpuan," katanya lagi selepas bertemu Sociedad.

"Dia tidak dibolosi jadi itu satu prestasi yang baik.

"Dia semakin matang sepanjang masa tetapi saya mempunyai penjaga gol yang sangat baik menerusi kelibat David dan dia menyelamatkan (maruah) kami ketika menentang West Brom.

"Saya selalu bercakap dengan pemain terlebih dahulu sebelum saya memaklumkan siapa yang tidak akan diturunkan."