Keita tambah masalah buat Liverpool

Oleh Penulis Jemputan 17 Oktober 2018 1442
Keita tambah masalah buat Liverpool
Liverpool berdepan kemungkinan kehilangan khidmat Naby Keita yang mengalami kecederaan ketika Guinea berdepan Rwanda, semalam.

Keita mengalami kecederaan paha pada penghujung separuh masa pertama dan tidak meneruskan saingan dalam perlawanan yang berlangsung di Stade Regional Nyamirambo itu. 

Kecederaan yang dialami bekas pemain RB Leipzig itu kelihatan agak serius dan berkemungkinan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Liverpool berkunjung ke Huddersfield Town, Sabtu ini.

Keita bukan pemain pertama Liverpool yang mengalami kecederaan apabila Sadio Mane turut dilaporkan mengalami keederaan patah ibu jari tangan ketika beraksi bersama Senegal.

Virgil van Dijk (tulang rusuk) dan Mohamed Salah (tegang otot) turut mengalami kecederaan, bagaimanapun bakal turun beraksi hujung minggu ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini berada di tangga ketiga EPL selepas lapan perlawanan musim ini, dengan Manchester City dan Chelsea mendahului menerusi perbezaan jaringan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen