Kecederaan Yarmolenko buat Pellegrini pening kepala

Oleh Nafis Abdullah 21 Oktober 2018 138
Kecederaan Yarmolenko buat Pellegrini pening kepala
Andriy Yarmolenko menyertai senarai pemain yang mengalami kecederaan dalam skuad West Ham United ketika tewas 1-0 di tangan Tottenham Hotspur dan pengendali The Hammers, Manuel Pellegrini, melihat situasi itu sebagai sesuatu yang buruk.

Bintang Ukraine, Yarmolenko, terpaksa diusung keluar di penghujung babak pertama sebelum Pellegrini mengesahkan pemain itu mengalami masalah dengan buku lali.

The Hammers telah kehilangan beberapa pemain lain sebelum ini seperti Winston Reid, Manuel Lanzini, Andy Carroll, Carlos Sanchez, Pedro Obiang dan Jack Wilshere akibat kecederaan.

Tahap serius masalah yang dihadapi Yarmolenko masih belum diketahui tetapi melihat dia dibawa keluar menggunakan pengusung, Pellegrini tidak yakin.

"Saya memilih untuk menunggu hari ini sebelum bercakap tentang Yarmolenko. Lebih baik menunggu pemeriksaan daripada doktor untuk mengetahui apa yang berlaku dengan kakinya," kata Pellegrini.

"Ia melibatkan buku lali, jadi lebih baik tunggu dulu. Saya tidak bercakap tentangnya lagi. Ia tidak kelihatan begitu baik tetapi kami harus tunggu.

"Kami memiliki lima pemain yang mengalami kecederaan panjang dan akan mengetahui tentang Yarmolenko esok. Obiang berdepan masalah betis tetapi diharapkan ia hanya untuk seketika."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen