LEICESTER 1 WEST HAM 1

Claude Puel berkata tumpuannya menjurus ke arah Daniel Amartey selepas pertahanan itu mengalami kecederaan ngeri ketika seri 1-1 dengan West Ham, awal pagi tadi.


The Foxes sepatutnya mengelak kekalahan ketiga liga berturut-turut selepas jaringan pembukaan Fabian Balbuena, namun Leicester -- dibantu kad merah Mark Noble sebelum tamat separuh masa -- meraih gol menerusi Wilfred Ndidi pada minit ke-89.

Amartey mendarat dengan pergelangan kakinya ketika cuba mencabar Michail Antonio dalam perebutan bola di udara pada masa kecederaan sehingga terpaksa diberikan bantuan oksigen semasa dirawat di atas padang yang menyebabkan perlawanan tertangguh lama sebelum dia terpaksa diusung keluar.

Bercakap selepas permainan, Puel tidak berminat untuk meraikan gol penyamaan lewat itu dengan menyatakan bahawa beliau lebih peduli dengan kecederaan Amartey.

"Ia merupakan babak kedua yang baik dengan deretan peluang," katanya kepada BT Sport. "Tetapi, fikiran saya terarah kepada pemain saya, Daniel.

"Dia bermain dengan baik dan memberikan yang terbaik, jadi adalah sukar untuk melihat kecederaan sebegitu pada penghujung perlawanan. Saya fikirkan mengenai hal itu daripada perlawanan ini.

"Saya harap ia tidak begitu serius seperti yang kita fikirkan, dia perlu menjalani ujian susulan, maka kita tunggu dan lihat."

West Ham dijangka mengakhiri kekalahan dua kali berturut-turut sehinggalah detik jaringan lewat Ndidi, namun Manuel Pellegrini bangga dengan pasukannya selepas beraksi baik lebih 50 minit dengan 10 pemain.

"Saya gembira dengan persembahan dan penampilan pasukan tetapi tidak dengan hasilnya," kata Pellegrini kepada BBC.

"Kami sangat malang dengan jaringan yang mereka hasilkan kerana kami mengharungi hampir 55 minit dengan kekurangan seorang pemain.

"Saya sangat bangga dengan bagaimana pasukan bermain, kami menentang Leicester dengan kekurangan seorang pemain yang boleh dilihat sesuatu yang positif disebabkan mentaliti para pemain yang lebih menginginkannya."