Kane pintas Messi selaku penjaring terbanyak tahun 2017

Oleh Penulis Jemputan 26 Disember 2017 2806
Kane pintas Messi selaku penjaring terbanyak tahun 2017
TOTTENHAM 5 SOUTHAMPTON 2

Penyerang skuad kebangsaan England, Harry Kane, muncul penjaring terbanyak tahun 2017 selepas meledak hatrik ketika membantu Tottenham menewaskan Southampton 5-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.


Selepas menyamai rekod Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak bagi tahun kalendar yang sama dalam saingan EPL dengan 36 gol selepas menjaringkan hatrik ketika bertemu Burnley, dia sekali lagi mengulangi persembahannya dengan hatrik kelapannya untuk tahun ini, sekaligus memintas Lionel Messi selaku penjaring terbanyak di Eropah. Dele Alli dan Son Heung-min melengkapkan kemenangan Spurs sementara pasukan pelawat berjaya mencetak dua gol sagu hati menerusi jaringan Sofiane Boufal dan Dusan Tadic.

Sementara itu, Shearer turut mengucapkan tahniah menerusi laman twitter di atas pencapaian Kane bagi tahun 2017.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen